Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 17 September 2016

ADE 4 JENIS KULIT WAJAH



🙋Annyeong haseyo semua...Saya nak share tentang jenis kulit kepada anda semua..
Supaya anda semua tahu mengenali jenis kulit masing masing2 dan ia penting  untuk kita semua tahu jenis kulit kerana senang untuk kita menyesuaikan jenis produk berdasarkan jenis kulit kita..

👉Ada 4 jenis kulit umumnya iaitu :

💆Kulit normal

👉Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah,  tekstur kulit sangat lembut dan mempunyai liang roma yang kecil dan mempunyai kandungan air yang cukup. Hanya sesekali anda akan mendapat jerawat,  jeragat atau bintik hitam.

💆Kulit kering

👉Sebum yang dihasilkan oleh kulit kering sangat kurang.  Jadi wajah akan kelihatan kurang berkilat serta sentiasa kusam dan liang roma kelihatan terlalu kecil atau tidak kelihatan. Kulit seperti ini kadangkala mengelupas dan memberi efek yang sangat tidak selesa.

💆Kulit berminyak

👉Kulit berminyak merupakan jenis kulit yang tidak disukai oleh kebanyakan wanita. Ianya menghasilkan sebum yang banyak sehingga ianya jelas tampak diwajah.  Kilatan yang dihasilkan memberi impak yang buruk. Liang pori yang besar menyebabkan mudahnya terjadi jerawat. .

💆Kulit kombinasi

👉Ia mengabungkan ketiga tiga jenis kulit . Normal,  berminyak dan kering. Biasanya Tempat yang kering adalah disekitar pipi dan berminyak dibahagian dahi serta hidung. .





Tiada ulasan: